Tuesday, 10 November 2015

Kedai Runcit Aida Rabani

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, limpahkanlah keberkatan, keampunan ke atas kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami serta muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan hidayah yang telah dilimpahkan Allah SWT.

Hari ini, saya dan isteri kembali meneruskan kelangsungan tugasan untuk menambahkan lagi kedai-kedai untuk dijadikan rakan niaga dalam memasarkan produk keluaran Hayyanarz Bakery iaitu Hayyanarz Bahulu.

Dari rumah, kami bertolak menuju ke Arau. Dari sekitar kawasan C-Mart, kami bergerak ke Pekan Pauh. Pekan Pauh sekarang ni semakin berkembang maju dengan naiknya beberapa kawasan taman perumahan dan rumah-rumah kedai. Rasanya setahun dua lagi, akan menjadi meriah kawasan Pekan Pauh ni.

Dari Pekan Pauh, kami berpatah balik ke Arau dan menuju ke kawasan RPA Arau. Nampaknya kawasan RPA pun semakin meriah. Ditambahi dengan adanya Matrikulasi Perlis dan UITM Arau. Malam-malam mesti meriah kerana terdapatnya banyak kedai-kedai makan sekitar.

Terus saya dan isteri menuju ke Taman Bersatu, yang letaknya berhampiran lampu isyarat dari Jalan Arau-Kangar dan jalan yang menuju ke UITM Arau.

Di Taman Bersatu ni, kami singgah di Kedai Runcit Aida Rabani.

Kedai Runcit Aida Rabani betul-betul berada di hadapan jalan masuk ke Taman Bersatu dari jalan menuju ke UITM Arau. Pelbagai barang keperluan seharian terdapat di Kedai Runcit Aida Rabani ni untuk kemudahan penduduk sekitar terutamanya penduduk Taman Bersatu.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu juga diberi peluang untuk diletakkan dan dipasarkan melalui Kedai Runcit Aida Rabani.

Disamping membeli-belah barangan keperluan, tuan-tuan dan puan-puan juga dijemput mendapatkan Hayyanarz Bahulu sebagai kudapan. Dapat juga kita naikkan kuih tradisi kita seiring dengan kek-kek moden.

Selain dari Kedai Runcit Aida Rabani, Hayyanarz Bahulu juga didapati di

1. Mama Nory Bakery PLT, Kangar
2. Rislah Bakery, Kangar
3. Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis
4. Agrobazaar Kedai Rakyat, Seriab
5. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Kangar
6. Pasaraya Hafifah, Kangar
7. Pasaraya AMS Mutiara, Kangar
8. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu secara terus, boleh dibuat dengan menghubungi talian 017-4620775 / 019-2463100.

Semoga, suatu hari nanti, Hayyanarz Bahulu akan berada di pasaran dunia....inshaAllah