Saturday 12 September 2015

Rislah Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Alhamdulillah, syukur ke atas rezeki dan nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada kita semua. Moga-moga kita akan senantiasa dilimpahi rezeki dan nikmat yang melimpah-ruah dan dapat beramal dengan rezeki dan nikmat Allah SWT itu.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia dan berdoa agar Malaysia akan sentiasa aman makmur dan sejahtera.

Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelma tak lama lagi.

Juga berdoa agar umat Islam yang berada di Tanah Haram sentiasa sihat dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Hari ini, saya ingin berkongsi info mengenai satu lagi rakan niaga Hayyanarz Bakery, iaitu Rislah Bakery.

Rislah Bakery diuruskan oleh Rislah Impian Enterprise. Lokasi Rislah Bakery terletak di No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis.

Berdekatan dengan Rislah Bakery adalah Sekolah Kebangsaan Sri Indra dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan. Jika kita datang dari Hospital Tuanku Fauziah, Rislah Bakery letaknya di sebelah kanan. Jika datang dari Taman Sena, letaknya sebelah kiri.

Produk-produk buatan dan edaran Rislah Bakery adalah pelbagai jenis roti/bun, kek dan pizza. Selain itu, banyak lagi kuih dan kerepek dari pembekal tempatan IKS yang boleh didapatkan di Rislah Bakery, termasuklah Hayyanar Bahulu yang sedap, lembut dan gebu.

Bagi yang mencari pelbagai juadah, sila berkunjung ke Rislah Bakery.

Hayyanarz Bahulu telah diletakkan di Rislah Bakery dan jualannya amat memberangsangkan.

For info, Hayyanarz Bahulu yang sedap, lembut lagi gebu terdapat dalam beberapa jenis iaitu bahulu cermai, bahulu ikan emas, marble, kemboja, dan ikan besar dalam pelbagai jenis perisa.

Selain mendapatkan Hayyanarz Bahulu di Rislah Bakery, tuan² dan puan² boleh juga hubungi..

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga berkunjung ke Mama Nory Bakery PLT, No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu.

#support #bisness #muslim

No comments:

Post a Comment