Wednesday 2 September 2015

Mee Z' Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, cuaca agak bagus sekarang di bumi Perlis cuma agak berjerubu sejak kebelakangan ini.

Hari ini, saya hendak berkongsi salah satu kedai makan di Perlis. Kedai yang saya maksudkan di sini adalah Kedai Makan Z' Din.

Kedai makan Z' Din ini letaknya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kayang, Titi Serong. Iaitu jalan menuju ke Kuala Perlis dari Behor Lateh.

Kalau menggunakan GPS, cari saja pedoman dengan menaip Sekolah Kebangsaan Kayang. InshaAllah boleh sampai ke situ.

Menu utama di sini adalah pelbagai jenis masakan stail mamak. Antaranya mee, bihun dan koewteow goreng mamak stail, sup mamak dan pelbagai lagi.

Lokasinya yang terletak berhampiran bendang turut memberi keselesaan pelanggan disamping keadaan kedai yang bersih.

Harga makanan agak berpatutan jika dibandingkan makan masakan mamak di kedai² mamak. Kat sini, tukang masaknya adalah orang melayu tapi masak masakan mamak.

Bagi rakan² yang berkunjung ke Perlis, boleh berkunjung ke sini untuk mencuba masakannya.

Di samping itu, jika anda ingin membuat tempahan bahulu sedap keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery, sila:

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Facebook page: Hayyanarz Bakery

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Sokonglah kedai² dan produk² keluaran muslim.

No comments:

Post a Comment