Wednesday 9 September 2015

Mee Sham

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Pasti ramai yang tahu bila disebut Roti Doll. Memang dah terkenal sekarang. Tapi jika disebut Restoran Mee Sham, agak² ramai tak yang tahu?

Di sinilah, antara menu terkenalnya iaitu roti doll. Roti canai, dibasahi dengan kuah banjir, dilitup dengan telur goreng separuh masak dan disirami sedikit serbuk lada.

Memang terkenal menu ini. Selain itu, roti benggali doll juga mula dikenali. Kepingan roti benggali yang dibakar, disirami kuah roti canai, diletakkan pula telur rebus separuh masak dan ditabur sedikit serbuk lada.

Menu lain yang juga terkenal, telur ayam kampung separuh masak.

Inilah dia Restoran Mee Sham. Letaknya berhampiran Stesen Minyak Petronas Pantai Johor, Alor Setar.

Boleh cuba menu di sini.

Begitu juga dengan Hayyanarz Bahulu. Yang memang dah agak terkenal dengan bahulu yang sedap serta gebu. Dengan adunan tepung, telur dan gula yang secukup rasa, rasailah keenakan bahulu dari pelbagai jenis dan perisa.

Untuk tempahan, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di Mama Nory Bakery, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis.

Sama²lah kita menyokong produk dan kedai Muslim

#sokong #bisness #muslim

No comments:

Post a Comment