Thursday, 3 September 2015

Mama Nory Bakery

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan Besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga anda semua berada di bawah rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, hujan baru saja berhenti, mudah-mudahan suasana jerubu di Perlis ni akan berkurangan.

Hari ini saya hendak berkongsi info mengenai salah satu rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Mama Nory Bakery PLT.

Mama Nory Bakery PLT terletak di No 11, Pusat Perniagaan Sena, Kangar, Perlis. Berdekatan sebelah kirinya Sekolah Kebangsaan Sena, Pasar Borong Kangar tidak jauh dari situ sebelah kanannya, manakala sebelah belakangnya Taman Ira.

Mama Nory Bakery PLT diuruskan oleh Puan Norida Binti Ismail. Antara produk-produk yang terdapat di sini seperti kek, muffin dan cupcake, pelbagai jenis puding, pelbagai jenis roti dan biskut.

Mama Nory Bakery PLT juga mengelolakan kelas masakan dan 'baking' disamping menyediakan ruang sewaan untuk pelbagai majlis di bahagian tingkat atas kedainya.

Produk Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di sini. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan berkunjung ke sini untuk mendapatkan produk-produk keluaran muslim.

Selain dari itu, produk Hayyanarz Bahulu juga boleh ditempah dengan cara,

Sms/whatsapp: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Sokonglah produk-produk muslim.