Saturday 12 September 2015

Bihun Sup Abang Dan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah kerahmatan Allah SWT.

Saya rasa, ramai antara kita penggemar bihun sup. Sama ada bihun sup ala thai ataupun bihun sup tempatan.

Salah satu tempat tumpuan kebanyakan warga Perlis untuk menikmati bihun sup adalah kedai bihun sup Abang Dan.

Kedai bihun sup Abang Dan kini letaknya di Arked MARA Simpang Empat. Jika anda datang dari arah Alor Setar (jalan Alor Setar-Kangar), kedai bihun sup Abang Dan letaknya di sebelah kiri jalan sebelum lampu isyarat.

Bihun sup Abang Dan ni memang dah terkenal semenjak dulu sebelum bertapak di kedai Arked MARA ni lagi.

Bagi yang berkunjung ke Perlis, silalah ke sini untuk merasai kesedapan bihun sup Abang Dan.

Selain itu, anda juga dijemput untuk merasai kesedapan Hayyanarz Bahulu yang lembut, gebu dan sedap.

Dibuat dengan adunan telur, gula dan tepung gandum yang secukup rasa, pasti anda akan terpesona.

Ditambah lagi dengan pelbagai pilihan rasa dan inti.

Untuk dapatkan Hayyanarz Bahulu, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1. Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

#support #bisness #muslim

No comments:

Post a Comment