Tuesday 22 December 2015

Hantaran

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وال محمد

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Disember 2015 hampir menuju ke penghujung.

Cuti sekolah juga menuju ke penghujung juga.

Di musim-musim cuti sekolah inilah, ramai yang melangsungkan pertunangan, perkahwinan, berkhatan dan pelbagai majlis lagi.

Bercakap tentang pertunangan dan perkahwinan, tak lepas dari hantaran.

Bermacam-macam rekaan hantaran yang menarik dapat dilihat dengan pelbagai kreativiti masing-masing.

Dari barangan yang mahal hinggalah ke barangan yang ringkas dengan pelbagai hiasan yang menarik.

Antara produk laris di Hayyanarz Bakery adalah Hayyanarz Bahulu Ikan Besar yang boleh dibuat hantaran pertunangan mahupun hantaran perkahwinan.

Kat sini, saya kongsi sekeping gambar Hayyanarz Bahulu Ikan Besar dan Ikan Emas yang telah dibuat hantaran oleh salah seorang pelanggan Hayyanarz Bakery.

Pada masa yang sama, kami di Hayyanarz Bakery mengucapkan selamat bertunang.

Hayyanarz Bahulu Ikan Besar dan Ikan Emas ini dibuat dengan menggunakan tepung gandum, telur ayam gred A dan gula secukup rasa serta dibakar pada suhu yang secukupnya.

Selain itu, bahulu ini diadun dengan menggunakan pelbagai perasa iaitu biasa, strawberry, pandan dan cappucino.

Jadi pada masa yang sama, ikan akan nampak dalam pelbagai warna.

Bagi yang berkeinginan untuk menempah Hayyanarz Bahulu Ikan Besar ini, boleh hubungi Puan Suraya di:

● 017-462 0775 / 019-246 3100

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk melawat, like dan share kami di www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Sama-samalah kita menyokong #muslimproduct #halal.

Wassalam

Monday 14 December 2015

Tapai pulut

بسم الله الر حمن الر حيم

اللهم صل على محمد وال محمد

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

Alhamdulillah, selesai majlis kenduri kesyukuran sempena berkhatan 2 orang anak lelaki saya kelmarin.

Pertama-tama kali, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan dan customer Hayyanarz Bakery yang turut hadir memeriahkan majlis.

Antara menu yang dihidangkan kelmarin adalah nasi, ayam masak ros, gulai ikan nyok-nyok dan ulam-ulaman seperti jantung pisang, ulam raja dan timun.

Dessert pula terdiri daripada rojak, kuih-muih seperti pulut sekaya, agar-agar, kuih lapis, bengkang dan tapai pulut susu.

Bercakap mengenai tapai pulut susu ni, memang sedap dan manis tapai ni. Pulutnya menggunakan beras pulut susu dari Thailand.

Dan mendapat banyak pujian dari pengunjung yang berkesempatan menikmatinya.

Tambahan pula keadaan cuaca di Perlis sekarang ni yang agak panas, kena pula tapai, perghhhh.....!!!!!

Tak sedar, sebungkus demi sebungkus...

InshaAllah di lain kali, diberi rezeki oleh Allah Taala, kita buat lain majlis makan-makan ni...kita sediakan lagi tapai ni....

Jumpa lagi next posting...

Wassalam

Hasmizal / Suraya
Hayyanarz Bakery
FB : Hayyanarz Bakery
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Blog: hayyanarzbakery.blogspot.com

Friday 11 December 2015

Buku Harian Baim, Kenapa Dengan Baim?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan semua muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, limpahkanlah kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat....tambahkanlah ilmu kami, permudahkanlah urusan kami...sesungguhnya Kau lah yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih.

Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang Engkau telah berikan kepada kami selama ini.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria, Palestin dan di mana jua berada dari perbuatan khianat puak musyrikin.

Buku Harian Baim?

Kenapa dengan buku harian Baim? Siapa Baim tu?

Bukan sesiapa pun....saja jer, salah satu drama sinetron yang ditayangkan kat tv.

Sambil-sambil nonton drama Buku Harian Baim, ditemani secangkir kopi, di luar rumah hujan turun bercurahan....siap tempahan Hayyanarz Bahulu yang #sedap #lembut #gebu untuk doorgift kenduri.

Tempahan terdiri dari Hayyanarz Bahulu Cermai, Ikan Besar dan Ikan Emas.

Nak tempah?

Jika merancang untuk buat kenduri ke, untuk kudapan petang-petang sambil nonton drama sinetron ke, untuk jamuan ke, doorgift ke atau apa-apa saja, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi:

Puan Suraya: 017-4620775 / 019-2463100

Drama Baim pun dah tamat...jom bersiap ke masjid pulak..maghrib dah dekat...

Wassalam

Tuesday 8 December 2015

Bahulu Mini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang melimpah-ruah kepada kami, tambahkanlah ilmu kami, sihatkanlah tubuh badan kami, permudahkanlah urusan kami dan jauhi kami dari azab seksa kubur dan api neraka.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat puak-puak musyrikin.

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah SWT berikan selama ini.

Pada hari ini, saya ingin memperkenalkan lagi satu produk keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery iaitu HAYYANARZ BAHULU MINI.

Hayyanarz Bahulu Mini berbentuk bahulu cermai dan bersaiz kecil lagi comel.

Hayyanarz Bahulu Mini diadun dengan tepung gandum, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa, dibakar pada suhu dan masa yang secukupnya menghasilkan Hayyanarz Bahulu Mini #sedap, #gebu dan #lembut.

Menjadi kesukaan ramai terutama kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Hayyanarz Bahulu Mini amat sesuai dijadikan hidangan petang, jamuan pelbagai majlis, buah tangan, doorgift dan bermacam-macam lagi.

Produk-produk lain keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery boleh dilihat di muka hadapan blog ini dan juga di Facebook page kami di www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Sila lawat, like dan share facebook page kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan, tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi:

Pn Suraya: 017-4620775 / 019-2463100

Sokonglah #muslimproduct #halal #malaysianfoods #kuihtradisional

Monday 7 December 2015

Meniti Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga dan para muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat kaum musyrikin.

Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari bala bencana.

Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Mu, ya Allah.

Sekejap sahaja masa berlalu. Teramat benar ingatan Allah SWT di dalam Al-Quran.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah Al-Asr 1-3)

Dulu, kecil-kecil ditimang-timang, kemudian masuk Pusat Asuhan Tadika, belajar di sekolah dan sekarang dah sampai masa untuk berkhatan.

"Bius tu macam mana, Ibu?" Itulah soalan pertama yang ditanya Adik Iman ketika berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar.

"Ubat bagi tidur, Adik. Jadi waktu khatan tu Adik dengan Bangcik tidurlah. Taklah rasa sakit". Terang saya bagi menyedapkan hati Adik dan Bangcik.

Hampir jam 8.15 pagi, kami selamat sampai PMC, parkirkan kereta dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.

Kadar berkhatan di PMC pada kali ni berharga RM850 seorang untuk bius sepenuhnya.

Kemudiannya, Bangcik dan Adik ditempatkan di Wad Tingkat 6. Waktu ni sudah dapat lihat Adik dan Bangcik dalam keadaan agak cuak dan bimbang.

Selepas tukar baju, lebih kurang jam 10 pagi, Adik dan Bangcik dimasukkan ke dalam dewan bedah.

Sangkaan pertama, Bangcik yang akan alirkan airmata, namun terbalik pula. Bangcik masih boleh tersenyum berbanding Adik yang mengalir airmatanya semasa dibawa masuk ke dewan bedah.

Alhamdulillah, selepas sejam Bangcik selesai dikhatankan dan Adik sejam selepas Bangcik.

Ketika keluar dari dewan bedah, kedua-dua Bangcik dan Adik tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Jam 3 petang, Adik dan Bangcik dibenarkan keluar dari wad untuk balik ke rumah.

Terima kasih kepada semua petugas PMC dan Dr Syed Junaidy yang bertanggungjawab mengkhatankan Bangcik dan Adik.

Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Pah yang turut hadir menunggu Adik dan Bangcik.

InshaAllah, minggu depan kami sekeluarga akan adakan sedikit kenduri kesyukuran sempena Bangcik dan Adik berkhatan.

Dikesempatan ini juga saya menjemput para pembaca untuk melawat, like dan share facebook page Hayyanarz Bakery di www.facebook.com/hayyanarzbakery dan melihat beberapa produk Hayyanarz Bakery antaranya Hayyanarz Bahulu, susu kambing Mylo, Hayyanarz Kek Coklat Moist dan Hayyanarz Semperit.

Sama-samalah kita menyokong #muslimproduct #halal #malaysianfoods #malaysianproduct #kuihtradisional

Saturday 5 December 2015

Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa, guru-guru, keluarga kami dan sekalian para muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan zalim puak musyrikin.

Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari bala bencana. Aman dan makmurkanlah bumi Malaysia ini.

Ya Allah, limpahkan kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan selama ini.

Amin....

Alhamdulillah...

Di hari yang indah ini, saya ingin memperkenalkan sebuah lagi rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd.

Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd, salah sebuah pasaraya yang sedang meningkat maju letaknya di Taman Sena, Kangar, Perlis.

Lokasinya amat strategik, berdekatan dengan Klinik Dr Wan Balkis, salah sebuah pasaraya yang membekalkan pelbagai barangan keperluan harian kepada ramai penduduk Taman Sena, Taman Sena Indah, Taman Guru dan kawasan sekitar.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd yang banyak membantu memasarkan Hayyanarz Bahulu.

Semoga Pasaraya AMS Mutiara Sdn Bhd akan terus maju dan berjaya.

Sama-samalah kita menyokong perniagaan bumiputera muslim.

Thursday 3 December 2015

Setapak Melangkah Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, kaum keluarga dan para muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat kaum musyrikin.

Ya Allah, lindungilah bumi Malaysia dari segala bala bencana.

Ya Allah, limpahkanlah kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia dan kami bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh-Mu Ya Allah.

Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah, Hayyanarz Bakery bergerak setapak lagi. Diberi rezeki oleh Allah SAW untuk meletakkan papan tanda tepi jalan sebagai salah satu media iklan untuk orang ramai mengetahui kewujudan Hayyanarz Bakery disamping beberapa media iklan lain yang diusahakan antaranya Fb Ads, Facebook, Instagram, Twitter dan flyers.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memudahkan Hayyanarz Bakery memasarkan produk Hayyanarz Bahulu yang kini telah berada di 9 buah kedai sekitar Perlis.

Para pelanggan boleh dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

Kangar
1. Mama Nory Bakery
2. Rislah Bakery
3. Pasaraya Hafifah
4. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
5. Pasaraya AMS Mutiara

Seriab
1. Agrobazaar Kedai Rakyat

Kuala Perlis
1. Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis

Arau
1. Kedai Runcit Aida Rabani

Pasang Besar
1. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam

InshaAllah, Hayyanarz Bakery akan melebarkan sayap ke Jitra , Changlun dan Alor Setar pula tak lama lagi.

Selain itu, tempahan secara terus boleh juga dibuat dengan menghubungi Puan Suraya - 017-462 0775 / 019-246 3100

Antara barisan produk-produk Hayyanarz Bahulu adalah:
1. Bahulu biasa
2. Bahulu perisa
3. Bahulu inti
4. Bahulu kemboja
5. Bahulu marble
6. Bahulu ikan emas
7. Bahulu ikan biasa
8. Bahulu ikan besar

Selain dari bahulu, Hayyanarz Bakery juga memasarkan kuih samperit, kek choclate moist dan susu kambing Mylo.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk singgah di www.facebook.com/hayyanarbakery untuk melihat produk kami selain dari menu utama blog Hayyanarz Bakery.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong Hayyanarz Bakery semenjak penubuhannya.

Sokonglah #muslimproduct #halal #malaysianfoods #kuihtradisional

Wassalam

Wednesday 2 December 2015

Bahulu Kemboja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang melimpah-ruah kepada kami, tambahkanlah ilmu kami, sihatkanlah tubuh badan kami, permudahkanlah urusan kami dan jauhi kami dari azab seksa kubur dan api neraka.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin, Syria dan di mana jua berada dari perbuatan khianat puak-puak musyrikin.

Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah Allah SWT berikan selama ini.

Di kesempatan ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi produk keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery.

Produk terbaharu dari Hayyanarz Bakery adalah HAYYANARZ BAHULU KEMBOJA.

Kenapa nama Kemboja? Asal bahulu ini dari Kemboja ke?

Dinamakan Kemboja adalah disebabkan bentuknya seakan-akan bunga kemboja. Yer ker? B-)

Hayyanarz Bahulu Kemboja dibuat dari adunan tepung gandum, telur ayam gred A dan gula secukup rasa.

Dibakar sempurna pada suhu yang secukupnya.

Hayyanarz Bahulu Kemboja amat sesuai untuk kudapan, dijadikan buah tangan, doorgift, menu kenduri dan sebagainya.

Barisan Hayyanarz Bahulu boleh dilihat di menu utama, page facebook Hayyanarz Bakery, twitter @hayyanarz dan instagram @hayyanarzbakery.

Untuk tempahan, boleh hubungi Puan Suraya di 017-4620775 / 019-2463100.

Sama-samalah kita menyokong produk muslim yang halal.

Wednesday 25 November 2015

Pasaraya Hafifah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria, Palestin dan di mana jua berada dari musuh-musuh kami kaum musyrikin.

Ya Allah, limpahkanlah kepada kami rezeki yang melimpah-ruah, tubuh badan yang sihat.

Kami bersyukur atas nikmat-Mu kepada kami selama ini.

Hari ini, di kesempatan ini saya ingin berkongsi lagi satu rakan niaga Hayyanarz Bakery, yang telah menolong memasarkan produk Hayyanarz Bahulu iaitu Pasaraya Hafifah.

Pasaraya Hafifah, milik 100% bumiputera muslim letaknya di Arked Mara Utan Aji, Kangar.

Dulu, Pasaraya Hafifah letaknya di tapak Restoran Mc Donald sekarang ni.

Pasaraya Hafifah ni adalah salah sebuah pasaraya bumiputera yang telah lama bertapak di bumi Perlis ini. Menjadi tumpuan ramai orang terutamanya dikalangan peniaga-peniaga kecil untuk membeli secara borong.

Harga barangan yang dijual kat Pasaraya Hafifah ni amat berpatutan.

Alhamdulillah, kami bersyukur kerana Pasaraya Hafifah sudi untuk membantu memasarkan Hayyanarz Bahulu.

Selain dari Pasaraya Hafifah, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan secara tempahan terus dengan menghubungi talian 017-4620775 / 019-2463100.

Sila like dan share www.facebook.com/hayyanarbakery.

Marilah kita sama-sama menyokong dan membantu produk-produk keluaran dan edaran muslim serta kedai/pasaraya milik muslim dalam mengukuhkan ekonomi muslim.

#hayyanarzbahulu #sedap #lembut #gebu

Monday 23 November 2015

Bahulu Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan anugerah-Nya.

Di sini, saya perkenalkan produk Hayyanarz Bahulu iaitu Bahulu Ikan.

Hayyanarz Bahulu Ikan dibuat dengan adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa serta dibakar dengan suhu yang tepat bagi menghasilkan Hayyanarz Bahulu Ikan yang gebu, sedap dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Ikan, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Sunday 22 November 2015

Perkampungan Sunnah 2015 / Siri II

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Syria, Palestin dan di mana-mana jua berada dari ditindas oleh puak musyrikin.

Ya Allah, makmurkanlah bumi Malaysia dan lindungilah Malaysia dari bala bencana.

Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmat yang Allah SWT limpahkan selama ini.

Cuaca amat baik hari ni. Hayyanarz Bahulu pun dah sedia untuk consignment hari ni.

Tiga jenis Hayyanarz Bahulu telah disiapkan semalam terdiri dari bahulu cermai, bahulu ikan dan bahulu ikan emas dan akan dihantar ke empat buah pasaraya sahabat niaga Hayyanarz Bakery.

Pasaraya pertama yang dibuat consignment adalah Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis yang letaknya di Plaza Kuala Perlis.

Ramai juga orang kat Kuala Perlis hari ni dek adanya program Pesta Air dan pengunjung ke Langkawi dengan bermulanya cuti persekolahan hujung tahun.

Selesai membuat consignment di Pasaraya Seri Utama, saya ke Pasaraya Hafifah pula untuk penghantaran stok baharu Hayyanarz Bahulu.

Dan kemudiannya ke Pasaraya AMS Mutiara dan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

Selesai semuanya, saya terus ke Masjid Alwi, Kangar.

Sekarang ni, bermula dari 20hb November 2015 hingga 22hb November 2015, berlangsungnya program Perkampungan Sunnah 2015/ Siri II dengan tema "Al-Quran Khazanah Pengetahuan".

Pelbagai program ilmu berlangsung semenjak Jumaat dengan dipenuhi dengan majlis ilmu, bermula dari subuh, dhuha hinggalah isyak.

Ramai penceramah dan Ustaz yang dijemput untuk menyampaikan kuliah.

Selain itu, banyak juga gerai-gerai jualan yang dibuka bagi memeriahkan acara.

Alhamdulillah, ramai pengunjung yang menghadiri majlis ilmu.

Selesai kuliah zohor, saya teruskan untuk consignment seterusnya ke Pasaraya Titi Tinggi yang letaknya di UniCiti Alam.

Alhamdulillah, dapat juga sedikit ilmu akhirat disamping mencari rezeki.

Selain dari Pasaraya Seri Utama, Pasaraya Hafifah, Pasaraya AMS Mutiara, Pasaraya Titi Tinggi dan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Hayyanarz Bahulu juga terdapat di Mama Nory Bakery, Rislah Bakery, Agrobazaar Kedai Rakyat dan Kedai Runcit Aida Rabani.

Tempahan secara terus dan COD boleh juga dibuat dengan menghubungi talian 017-4620775 / 019-2463100.

Marilah kita sama-sama menyokong produk muslim lagi halal keluaran dan edaran bumiputera muslim.

Moga produk kuih tradisional tempatan mampu ke peringkat dunia dan moga program Perkampungan Sunnah akan diteruskan lagi di masa hadapan.

Sila lawat, like dan share www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Thursday 19 November 2015

Anugerah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibubapa kami, keluarga kami, guru-guru kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Ya Allah, Selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria, Palestin dan di mana juga berada yang ditindas dan diserang oleh puak-puak musyrikin.

Limpahkanlah kerahmatan-Mu ke atas kami.

Nampaknya hujan begitu lebat sekali sekarang di Kangar. Moga hujan yang turun ini membawa kerahmatan dari Allah SWT.

Selesai sudah Majlis Kecemerlangan 2015 yang telah berlangsung pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi.

Alhamdulillah, Abang Cik Haikal dan Adik Iman menjadi kesinambungan kecemerlangan Kakak Dina yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar.

Majlis berlangsung agak meriah tadi dengan pelbagai persembahan pentas dari anak-anak SKJRSA dan pelbagai anugerah kecemerlangan telah disampaikan bagi menghargai usaha mereka dalam pembelajaran dari awal tahun.

Mudah-mudahan, ini akan membakar semangat mereka untuk meningkatkan lagi usaha di tahun-tahun mendatang.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat hadiah tadi, dari pra-sekolah hinggalah ke pelajar terbaik UPSR.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang selama ini mengajar dan menyebarkan ilmu dalam mendidik anak-anak SKJRSA tanpa jemu.

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa-jasa guru-guru SKJRSA khasnya dan semua guru-guru di mana sahaja berada umumnya.

Hayyanarz Bakery turut rasa berbesar-hati dan bersyukur kerana dapat serba sedikit membantu dalam persiapan dan perjalanan Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ini.

Untuk maklumat, antara produk keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery adalah Hayyanarz Bahulu.

Hayyanarz Bahulu yang terdiri dari pelbagai jenis bentuk dan perisa dan boleh didapati di:

Kangar
1. Mama Nory Bakery
2. Rislah Bakery
3. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
4. Pasaraya AMS Mutiara
5. Pasaraya Hafifah

Kuala Perlis
1. Pasaraya Seri Utama

Seriab
1. Agrobazaar Kedai Rakyat

Arau
1. Kedai Runcit Aida Rabani

Padang Besar
1. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam

Tempahan secara terus dan COD boleh dibuat dengan menghubungi Puan Suraya di talian 017-4620775 / 019-2463100.

Sila lawat, like dan share www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Tuesday 17 November 2015

UPSR 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan seluruh muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Murahkan rezeki kami, sihatkanlah tubuh badan kami, rahmatilah kami.

Alhamdulillah, syukur ke atas segala limpahan nikmat dan hidayah dari Allah.

Hari ini, akan keluarlah keputusan peperiksaan UPSR, iaitu keputusan peperiksaan besar yang pertama bagi pelajar sekolah. Keputusan yang menentukan sekolah menengah mana yang bakal disambung tahun depan.

Sebagai mana perasaan ibubapa dan para pelajar yang menanti keluarnya keputusan, begitulah perasaan kami sekeluarga tahun lepas semasa Kakak Dina mengambil UPSR 2014. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan atas segala usaha Kakak Dina.

Terlanjur di sini, saya sekeluarga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang lulus cemerlang dalam UPSR 2015. Teruskan usaha kerana cabaran yang lagi besar menanti di depan.

Kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang pun, tahniah diucapkan. Ini bukan pengakhiran bagi segalanya, tapi permulaan kepada usaha menggapai kejayaan yang besar di masa depan.

Tahniah lagi sekali diucapkan.

Terlanjur di sini, kami menyediakan promosi kuih tradisional Hayyanarz Bahulu yang sesuai untuk majlis-majlis kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan UPSR 2015.

Hayyanarz Bahulu yang terdiri dari pelbagai rasa dan bentuk boleh ditempah dengan menghubungi Puan Suraya di talian 017-462 0775 dan 019-246 3100.

Dijemput lawati kami di www.facebook.com/hayyanarzbakery.


Friday 13 November 2015

Bahulu Inti Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan anugerah-Nya.

Di sini, saya perkenalkan produk Hayyanarz Bahulu iaitu Bahulu Inti Coklat.

Hayyanarz Bahulu Inti Coklat dibuat dengan adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa serta dibakar dengan suhu yang tepat bagi menghasilkan Hayyanarz Bahulu Inti Coklat yang gebu, sedap dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Inti Coklat, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Thursday 12 November 2015

Pasaraya Titi Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Semoga Allah memberi kerahmatan ke atas kita semua.

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang dilimpahkan ke atas kita semua selama ini.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu melangkah setapak lagi dengan berada di sebuah lagi pasaraya iaitu Pasaraya Titi Tinggi.

Pasaraya Titi Tinggi letaknya di kawasan UniCiti Alam, UniMaP di Titi Tinggi, tidak jauh dari Padang Besar.

Kawasan UniCiti Alam yang menempatkan kawasan asrama pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMaP).

Juga terdapat kampus KUIPs iaitu Kolej Universiti Islam Perlis.

Pasaraya Titi Tinggi diuruskan oleh Myshop Retail Sdn Bhd dan lokasinya terletak di Lot G-1, Blok S1, Kompleks Desa Siswa, UniCity Alam.

Pelbagai barangan keperluan tersedia untuk pilihan para pelajar dan penduduk sekitar.

Semoga Pasaraya Titi Tinggi akan terus maju dan sukses.

Sila dapatkan Hayyanarz Bahulu di Pasaraya Titi Tinggi untuk kudapan.

Selain itu, tempahan Hayyanarz Bahulu juga boleh dibuat di talian 017-4620775 / 019-2463100.

Sila layari, like dan share www.facebook.com/hayyanarzbakery.

Tuesday 10 November 2015

Kedai Runcit Aida Rabani

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, limpahkanlah keberkatan, keampunan ke atas kami, ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami serta muslimin dan muslimat di mana jua berada.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan hidayah yang telah dilimpahkan Allah SWT.

Hari ini, saya dan isteri kembali meneruskan kelangsungan tugasan untuk menambahkan lagi kedai-kedai untuk dijadikan rakan niaga dalam memasarkan produk keluaran Hayyanarz Bakery iaitu Hayyanarz Bahulu.

Dari rumah, kami bertolak menuju ke Arau. Dari sekitar kawasan C-Mart, kami bergerak ke Pekan Pauh. Pekan Pauh sekarang ni semakin berkembang maju dengan naiknya beberapa kawasan taman perumahan dan rumah-rumah kedai. Rasanya setahun dua lagi, akan menjadi meriah kawasan Pekan Pauh ni.

Dari Pekan Pauh, kami berpatah balik ke Arau dan menuju ke kawasan RPA Arau. Nampaknya kawasan RPA pun semakin meriah. Ditambahi dengan adanya Matrikulasi Perlis dan UITM Arau. Malam-malam mesti meriah kerana terdapatnya banyak kedai-kedai makan sekitar.

Terus saya dan isteri menuju ke Taman Bersatu, yang letaknya berhampiran lampu isyarat dari Jalan Arau-Kangar dan jalan yang menuju ke UITM Arau.

Di Taman Bersatu ni, kami singgah di Kedai Runcit Aida Rabani.

Kedai Runcit Aida Rabani betul-betul berada di hadapan jalan masuk ke Taman Bersatu dari jalan menuju ke UITM Arau. Pelbagai barang keperluan seharian terdapat di Kedai Runcit Aida Rabani ni untuk kemudahan penduduk sekitar terutamanya penduduk Taman Bersatu.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu juga diberi peluang untuk diletakkan dan dipasarkan melalui Kedai Runcit Aida Rabani.

Disamping membeli-belah barangan keperluan, tuan-tuan dan puan-puan juga dijemput mendapatkan Hayyanarz Bahulu sebagai kudapan. Dapat juga kita naikkan kuih tradisi kita seiring dengan kek-kek moden.

Selain dari Kedai Runcit Aida Rabani, Hayyanarz Bahulu juga didapati di

1. Mama Nory Bakery PLT, Kangar
2. Rislah Bakery, Kangar
3. Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis
4. Agrobazaar Kedai Rakyat, Seriab
5. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Kangar
6. Pasaraya Hafifah, Kangar
7. Pasaraya AMS Mutiara, Kangar
8. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu secara terus, boleh dibuat dengan menghubungi talian 017-4620775 / 019-2463100.

Semoga, suatu hari nanti, Hayyanarz Bahulu akan berada di pasaran dunia....inshaAllah

Sunday 8 November 2015

Tiada Hak Untuk Lapar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, limpahkan kerahmatan ke atas kami, Ibubapa kami, guru-guru kami, keluarga kami dan sekalian umat muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Alhamdulillah atas segala nikmat rezeki yang telah dilimpahkan kepada kami semua.

"Tiada siapa yang berhak untuk berlapar. Rezeki Allah kita kongsi bersama"

Itulah kata-kata yang terpampang di pintu peti sejuk yang diletakkan di hadapan berdekatan pintu masuk ke Masjid Alwi, Kangar.

Peti sejuk yang disediakan oleh Jawatankuasa Masjid Alwi, Kangar tersedia untuk para umat Islam yang ingin bersedekah dengan meletakkan makanan dan minuman bagi memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang berhajat kepada makanan.

Tidak kira sesiapa pun yang berhajat kepada makanan, dijemput untuk mengambil sedikit makanan yang tersedia.

Moga usaha yang dilakukan okeh Jawatankuasa Masjid Alwi ini mendapat kerahmatan Allah SWT.

Begitu juga kepada para penyumbang makanan, semoga rezeki anda sentiasa murah dan melimpah-ruah.

Satu contoh yang amat baik dari Masjid Alwi. Semoga usaha ini akan dapat dikembangkan lagi oleh masjid-masjid lain di Perlis dan di Malaysia.

Semoga usaha ini juga termasuk dalam usaha-usaha dakwah.

Iklan

Untuk tuan-tuan dan puan-puan yang ingin menempah Hayyanarz Bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery, sila hubungi 017-4620775 / 019-2463100.

Selain itu, boleh juga layari instagram @hayyanarz dan twitter @hayyanarzbakery.

Sila lawati, like dan share www.facebook.com/hayyanarzbakery

Friday 6 November 2015

Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga, Allah kurniakan kerahmatan kepada ibubapa, guru-guru dan sekalian muslimin dan muslimat. 

Moga diampunkan dosa-dosa kita yang lalu, sekarang dan akan datang. Moga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah...

Alhamdulillah, atas segala nikmat yang dikurniakan ke atas kita selama ini.

Hari ni, saya nak perkenalkan salah satu pasaraya milik bumiputera Islam yang beroperasi di Kuala Perlis iaitu Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis. Ini adalah cawangan ke-2 selepas Pasaraya Seri Utama, Behor Pulai.

Pasaraya Seri Utama Kuala Perlis letaknya betul-betul di tangah Pekan Kuala Perlis. Membantu membekalkan pelbagai barangan keperluan penduduk Kuala Perlis khasnya dan penduduk Perlis amnya.

Alhamdulillah, Hayyanarz Bahulu juga diberi peluang oleh pihak Pasaraya Seri Utama untuk memasarkan produk muslim bahulu kepada pelanggan.

Selain dari dapatkan Hayyanarz Bahulu di Pasaraya Seri Utama, tempahan terus boleh dibuat dengan menghubungi Puan Suraya di 017-4620775 atau 019-2463100.

Jom..sokonglah perniagaan muslim...

Moga perniagaan Pasaraya Seri Utama terus berjaya dan berkembang maju.

Tuesday 3 November 2015

Yeee...Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas ibubapa, guru-guru dan semua muslimin dan muslimat di mana saja berada di atas muka bumi Allah SWT ini.

Alhamdulillah ke atas semua nikmat yang Allah SWT kurniakan selama ini.

Tak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Maka, berbagai-bagai rancangan dibuat bagi memenuhi ruang masa yang ada. Ada yang melancong tak kira dalam atau luar negara. Juga ada yang menunai umrah dan ziarah. Ada juga yang pulang bercuti bersama keluarga di kampung.

Di musim cuti sekolah ni juga, ramai pakat ambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri. Ada yang adakan majlis berkhatan, bertunang, kahwin, kesyukuran dan berbagai-bagai lagi.

Maka, terfikir akan juadah apa yang perlu disediakan. Apa doorgift yang perlu disediakan. Apa dessert yang nak ditambah selain menu utama.

Usah bimbang.....

Hayyanarz Bahulu sedia membantu..

Cubalah menu tradisi kita...bahulu...malaysian cake..

Hayyanarz Bahulu boleh digunakan untuk tambahan menu berbagai majlis. Boleh dijadikan doorgift, kudapan, dessert, hantaran dan berbagai lagi.

Hayyanarz Bahulu yang gebu, lembut dan sedap, diperbuat dari gabungan telur ayam gred A, tepung gandum terpilih dan gula secukup rasa. Dibakar pada suhu terkawal yang menghasilkan bahulu yang sedap, lembut lagi gebu.

Hayyanarz Bahulu terdiri dari beberapa bentuk iaitu cermai, kemboja, marble, ikan besar, ikan emas dan ikan sedang. Juga terdapat dalam pelbagai perisa antaranya pandan, strawberry dan cappucino disamping rasa asli. Juga terdapat bahulu berinti seperti strawberry, blueberry, coklat, chocolate chips dan pandan.

Selain bahulu, terdapat juga roti pelbagai inti, kek coklat moist dan samperit.

Untuk tempahan, boleh hubungi Puan Suraya di talian 017-4620775 atau 019-2463100.

Selain itu, boleh juga emel ke hayyanarzbakery@outlook.com

Boleh juga layari di
Instagram:@hayyanarz
Twitter: @hayyanarzbakery
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Moga apa-apa acara dan majlis yang kita adakan, semuanya akan berjalan lancar...

Saturday 31 October 2015

Keluar Kawasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga dilimpahkan kerahmatan Allah SWT ke atas kita, ibubapa, guru-guru dan seluruh muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Alhamdulillah atas semua nikmat kurniaan Allah selama ini.

Alhamdulillah, atas rezeki Allah SWT, Hayyanarz Bahulu telah dihantar ke Kuala Lumpur setelah mendapat tempahan yang agak besar sebagai menu tambahan dalam majlis kenduri.

Sekembalinya saya dari Sepang mengikuti MotoGP, terus tempahan disiapkan dan dihantar ke Kuala Lumpur keesokkan harinya sebanyak 3 kotak bahulu menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Tempahan telah selamat diterima dalam keadaan yang elok, Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak Pos Laju atas perkhidmatan terbaik yang diberi.

Terima kasih juga diucapkan kepada pelanggan kami yang sudi menempah bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery.

Kami akan terus berusaha untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan. Tanpa pelanggan, siapalah kami.

Hayyanarz Bahulu ada dijual di:

1. Mama Nory Bakery, Kangar.
2. Rislah Bakery, Kangar.
3. Agrobazaar Rakyat 1Malaysia, Kangar.
4. Agrobazaar Kedai Rakyat, Seriab.
5. Pasaraya Titi Tinggi, UniCiti Alam.
6. Pasaraya Seri Utama, Plaza Kuala Perlis.

Hayyanarz Bahulu juga boleh ditempah dengan menghubung:

Phone: 017-4620775 / 019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery

Sila LIkE & SHARE ~ www.facebook.com/hayyanarzbakery

Friday 30 October 2015

Agrobazaar Kedai Rakyat, Seriab

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.
Semoga kita semua beroleh kerahmatan dari Allah SWT.

Alhamdulillah, atas limpahan rezeki yang dicurahkan selama ini.

Di hari yang penuh kerahmatan ini, saya hendak berkongsi sedikit info mengenai salah satu rakan niaga Hayyanarz Bakery iaitu Agrobazaar Kedai Rakyat di Taman Pertiwi, Seriab, Perlis.

Lokasinya di Seriab, kira-kira 3km dari Kangar, berdekatan dengan kawasan perumahan Polis. Seriab sekarang boleh dikatakan sudah menjadi sebuah pekan kecil yang berkembang maju  membangun seperti Arau dan Padang Besar.

Dahulunya, Agrobazaar Kedai Rakyat ni sebuah kedai runcit kecil sahaja, namun sekarang sudah semakin maju berkembang dan membekalkan pelbagai keperluan penduduk sekitar.

Sokonglah kedai milik bumiputera Islam dan majukanlah ekonomi Islam.

Hayyanarz Bakery bersyukur kerana boleh bekerjasama dengan pihak Agrobazaar Kedai Rakyat dalam memasarkan produk Hayyanarz Bahulu.

Sokonglah produk halal muslim dan perniagaan bumiputera muslim.

Sila like dan share kami di Facebook Fanpage : Hayyanarz Bakery

Wednesday 28 October 2015

MotoGP 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga, Allah melimpahkan kerahmatan ke atas kita, ibubapa kita, guru-guru kita dan semua muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.

Alhamdulillah, ke atas limpah nikmat rezeki yang diberi Allah selama ini.

Alhamdulillah, sekali lagi saya berkesempatan untuk mengikuti perlumbaan MotoGP 2015 yang diadakan di SIC, Sepang pada 23~25 Okt 2015 yang lalu.

Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Nor Hana yang telah sponsor tiket MotoGP pada kali ini. Segala budi baik Hana akan saya ingat selalu.

Seperti yang lepas-lepas, edisi MotoGP kali ini, saya bawa peneman iaitu anak saya yang bongsu yang amat meminati sukan bermotor. Pada usia 7 tahun, sudah mengenali Zulfahmi Khairuddin yang berlumba dalam Moto3 dan Hafizh Syahrin yang berlumba dalam Moto2.

Untuk kali ini, saya telah diberi tiket Grandstand F. Pertama kali menduduki Grandstand F, amat berpuashati. View dari Grandstand F, terutama jika duduk di sebelah kiri, amat luas. Boleh dikatakan view hampir setengah trek boleh nampak selain dari paparan monitor. Tahap kebisingan bunyi jentera juga agak kurang berbanding jika duduk di Main Grandstand jadi tak perlu pakai ear plug.

Jumlah pengunjung SIC pada kali ini nampaknya agak besar berbanding tahun-tahun yang lalu. Difahamkan yang jualan tiket pada tahun ini sold-out.

Lagipun, versi MotoGP kali ini, pihak SIC merayakan tahun ke 25 MotoGP berlangsung di Malaysia semenjak dari zaman Litar Batu 3, Shah Alam.

Versi MotoGP kali ini juga mendapat sambutan ramai yang ingin menyaksikan aksi VR46 iaitu Rossi sama ada akan dapat menjulang kejuaraan lagi pada kali ini.

Dalam acara Moto3, agak kesal kerana tidak dapat melihat aksi Zulfahmi yang telah jatuh pada pusingan ke-2 walaupun berada dalam kelompok 10 hadapan. Mungkin tiada rezeki beliau pada kali ini.

Dalam Moto2, agak terhibur melihat aksi Hafizh Syahrin dan Azlan Shah. Hafizh Syahrin, penunggang muda Malaysia yang begitu berani dan dapat mengekalkan kedudukan kelapan sehingga habis perlumbaan. Mampu menyaingi pelumba-pelumba top-10 dunia.

Dalam acara MotoGP, saingan sengit yang best dapat dilihat antara Rossi VR46 dan Marquez MM93 sehingga menjadi kontroversi dan menjadi viral di Facebook dan Twitter.

Secara keseluruhan, MotoGP kali ini amat menarik.

Sebagaimana menariknya MotoGP kali ni, bagitu juga menariknya keenakan Hayyanarz Bahulu.

Tempahan secara terus boleh dibuat melalui:

Phone: 017-4620775 / 019-2463100
Emel: hayyanarz.bakerry@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook page: Hayyanarz Bakery

Sila like dan share kami di https://facebook.com/hayyanarzbakery


Tuesday 13 October 2015

Menarik di Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Syukur alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat yang Allah SWT limpahkan. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Syukur alhamdulillah ke atas hadrat Allah SWT. Baru-baru ini Hayyanarz Bakery telah mendapat tempahan bahulu biasa untuk dijadikan doorgift daripada Galeri Seni Piring Hitam Perlis yang dimiliki oleh En Mushtari Mohamad.

Tempahan bahulu yang dijadikan doorgift kepada ahli-ahli peminat keretapi yang datang melawat Perlis menggunakan perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Padang Besar seramai lebih 50 orang.

Selamat datang ke Perlis dan selamat datang ke Galeri Seni Piring Hitam Perlis diucapkan.

Sebagai informasi, Galeri Seni Piring Hitam Perlis terletak di Taman Sena Indah, Kangar merupakan satu-satunya Galeri Piring Hitam di Perlis dan menjadi salah satu tarikan perlancongan di Perlis.

Selain dari piring hitam yang mencecah 3000 keping dalam simpanan, terdapat juga koleksi kaset-kaset, CD dan LD.

Boleh dikatakan ramai dari generasi muda tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar muzik dari kaset, piring hitam (LP) dan menonton filem dari laser disc (LD). Jadi, di sinilah salah satu tempat untuk melihat, mendengar dan mempelajari kegemilangan seni muzik era tahun 90-an dan ke bawah.

Ramai juga pelawat yang datang mendengar lagu-lagu hits dan evergreen di zamannya sambil mengimbau kenangan silam.

Bagi yang berminat untuk melihat, mendengar dan mengimbau kenangan silam, boleh datang melawat ke Galeri Seni Piring Hitam Perlis.

Boleh hubungi pemilik Galeri Seni Piring Hitam Perlis iaitu En Mushtari Mohamad untuk menempah slot lawatan.

Untuk informasi, boleh melawat facebook.com/mushtari mohamad.

Begitu juga Hayyanarz Bahulu, merupakan salah satu hidangan tradisi yang diangkat untuk menyaingi hidangan-hidangan moden sekarang ini. Hayyanarz Bahulu terdiri dari bahulu asli, bahulu pelbagai rasa dan inti serta bentuk.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 / 019-2463100
Emel: hayyanar.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Semoga En Mushtari Mohamad dan Galeri Seni Piring Hitam Perlis terus berjaya.

Sunday 11 October 2015

Bahulu Inti Blueberry

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan anugerah-Nya.

Di sini, saya perkenalkan produk Hayyanarz Bahulu iaitu Bahulu Inti Blueberry.

Hayyanarz Bahulu Inti Blueberry dibuat dengan adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa serta dibakar dengan suhu yang tepat bagi menghasilkan Hayyanarz Bahulu Inti Blueberry yang gebu, sedap dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Inti Blueberry, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)


Saturday 10 October 2015

Agrobazaar Rakyat, Taman Sena Indah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga kita sekalian sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Hari ini saya ingin memperkenalkan salah sebuah kedai yang menjadi rakan niaga yang menolong memasarkan produk bahulu keluaran Hayyanarz Bakery.

Agrobazaar Rakyat ini diuruskan oleh FAMA Corporation Sdn Bhd (FAMACO) letaknya di Taman Sena Indah, Kangar, Perlis.

Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah ini adalah salah sebuah kedai serbaneka. Pelbagai barangan keperluan harian terdapat di sini dengan harga yang amat berpatutan.

Letaknya di kawasan yang amat strategik dengan kemudahan kawasan parkir kenderaan yang luas.

Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah ini juga menjadi pilihan saya sekeluarga untuk membeli-belah barangan keperluan harian.

Dengan adanya Hayyanarz Bahulu di Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah ini, moga dapat menambah pilihan kepada pelanggan untuk membeli makanan ringan sebagai kudapan selain menaikkan taraf kuih tradisional kita seiring dengan makanan kudapan yang lain.

Selain dari mendapatkan Hayyanarz Bahulu di Agrobazaar Rakyat Taman Sena Indah, tempahan secara terus juga boleh dibuat melalui:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 / 019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Email: hayyanarz.bakery@outlook.com
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Sama-samalah kita membantu membangunkan produk-produk muslim dan kedai-kedai muslim.


Friday 9 October 2015

Bahulu Inti Strawberry

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan anugerah-Nya.

Di sini, saya perkenalkan produk Hayyanarz Bahulu iaitu Bahulu Inti Strawberry.

Hayyanarz Bahulu Inti Strawberry dibuat dengan adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa serta dibakar dengan suhu yang tepat bagi menghasilkan Hayyanarz Bahulu Inti Strawberry yang gebu, sedap dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Inti Strawberry, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)


Friday 2 October 2015

Promosi Oktober 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah.

Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan selama ini.

Zulhijjah 1436H sudah berada di penghujung. Begitu juga umur kita semakin meningkat.

Bakal menjelang Muharram 1437H tak berapa lama lagi. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan dan sedekah jariah. Semoga segala amalan dan sedekah jariah kita diterima Allah SWT.

Bersempena menjelmanya Awal Muharram 1437H, kami di Hayyanarz Bakery dengan berbesar hati mengadakan sedikit promosi.

Bagi pembelian 5 bungkus (50 biji) bahulu asli atau pelbagai rasa dan inti atau campur², kami sedia untuk memberikan secara percuma sebungkus (10 biji) bahulu asli.

Promosi ini berlangsung dari 3 Oktober 2015 ~ 9 Oktober 2015. Bagi tempahan sepanjang tarikh promosi, layak untuk promosi ini.

Promosi ini hanya tertakluk kepada tempahan secara terus ke Hayyanarz Bakery.

Hayyanarz Bahulu terkenal dengan adunan tepung gandum, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa, menghasilkan bahulu yang lembut, gebu dan sedap.

Untuk tempahan bahulu sepanjang tempoh promosi, sila...

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Semoga kita semua mendapat asbab kebaikan dari apa² yang dilakukan sepanjang masa.

Thursday 1 October 2015

Restoran Desa Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Alhamdulillah, atas rezeki kurniaan Allah SWT kepada kita selama ini.

Alhamdulillah, hujan bercurahan melimpahi negeri Perlis, mengurangkan sedikit jerebu yang melanda.

Hari ini saya hendak berkongsi salah satu kedai yang selalu saya singgah untuk bersarapan.

Ianya terletak di Seriab, kira² 3 km dari Kangar. Agak kebelakang sikit lokasinya iaitu sebelah belakang Pasaraya K-Ceria.

Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Desa Utara.

Pelbagai menu tersedia seperti nasi lemak pelbagai lauk, kuih-muih, roti canai dan capati.

Ramai pelanggan yang selalu datang bersarapan di sini. Harga pun munasabah.

Bagi yang berkunjung ke Perlis dan mencari-cari tempat untuk bersarapan, boleh ke sini.

Dan bagi yang ingin merasai kesedapan, kegebuan dan kelembutan Hayyanarz Bahulu, yang dibuat dari adunan tepung gandum dan telur ayam gred A yang dibasuh dan dibakar dengan suhu yang sekata, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Hayyanarz Bahulu juga boleh didapatkan di:

Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Agrobazaar Rakyat
Taman Sena Indah
01000 Kangar, Perlis

Sama² kita menyokong #muslimproduct.

Saturday 26 September 2015

Kenduri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dab sahabat Baginda.

Alhamdulillah, syukur atas limpahan nikmat rezeki Allah SWT selama ini.

Semoga kita sentiasa di bawah keberkatan Allah SWT.

"Jadual periksa dah keluar, adik...", ujar isteri kepada Adik Iman selepas melihat mesej whatsapp. Mesej yang dihantar oleh cikgu Adik Iman dalam group whatsapp sekolah.

Kebetulan pula, isteri adalah salah seorang dari AJK PIBG di sekolah Adik Iman dan Bangcik belajar. Jadi segala info dari sekolah, isteri akan dapat pemberitahuan awal.

Bila dah nak mula peperiksaan ni, maka cuti sekolah bakal menjelma.

Bila cuti sekolah bermula, maka banyaklah jemputan kenduri berlangsung. Kenduri kahwin, majlis pertunangan, kenduri khatan, kenduri kesyukuran dan berbagai lagi seumpamanya.

Antara tempahan yang diterima ketika musim kenduri ni adalah bahulu ikan besar yang dijadikan hantaran perkahwinan mahupun pertunangan.

Bahulu ikan besar Hayyanarz Bahulu dibuat dari tepung gandum terpilih, telur gred A yang dibasuh, gula secukup rasa dan dibuat menjadikan ikan 3 rasa iaitu rasa asli, strawberry dan pandan. Ditambah buah cherry sebagai mata ikan bagi menambahkan keserian ikan.

Terima kasih diucapkan kepada pelanggan² Hayyanarz Bahulu yang menyokong selama ini.

Untuk menempah Bahulu Ikan Besar mahupun lain² jenis bahulu edaran Hayyanarz Bakery, sila..

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Selain itu, boleh dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Marilah sama² kita menyokong produk muslim...

Friday 25 September 2015

Bahulu Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa mendapat keberkatan-Nya.

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat dan anugerah-Nya.

Di sini, saya perkenalkan produk Hayyanarz Bahulu yang paling tinggi dan laris jualannya, paling banyak ditempah iaitu Hayyanarz Bahulu asli.

Hayyanarz Bahulu Asli paling banyak ditempah ketika Hari Raya Aidil Fitri, Aidil Adha, doorgift, jamuan ulang tahun dan berbagai-bagai acara.

Hayyanarz Bahulu Asli dibuat dengan adunan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa serta dibakar dengan suhu yang tepat bagi menghasilkan Hayyanarz Bahulu Asli yang gebu, sedap dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu Asli, sila

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100

Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com

Twitter: @hayyanarzbakery

Instagram: @hayyanarz

Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Hayyanarz Bahulu Asli juga boleh didapati di

Mama Nory Bakery PLT, No 11 Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery, No 3 Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis


Mu Tunggu Ku Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan para sahabat Baginda.

Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

Allah Akbar...Allah Akbar..Allah Akbar..Laailahaillallah wallahu akbar..Allah akbar..Walillahil Hamd..

Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua yang sedang membaca coretan ini.

Jam kat tangan dah menunjukkan tepat 12 tengahari. Jalan Alor Setar-Kangar sesak tadi kat Kerpan.

"Hangpa ada lagi ka kat kedai atau nak balik dah", saya hantar sms kepada salah seorang kawan.

"Kami tak lama dah, satgi nak balik dah", balas kawan saya.

"Ok..ok..satgi aku sampai. Tunggu sat na..tak jauh dah...", balas saya.

Saya dan kawan² SMTAS 88/89 ada buat perancangan untuk berjumpa setelah sekian lama berpisah. Kami merancang untuk bertemu di Mee Sham Roti Doll, yang letaknya berdekatan Petronas Pantai Johor dalam jam 10 pagi. Sekarang dah jam 12 tengahari.

Punca kelewatan saya ni, kerana saya perlu untuk buat penghantaran bahulu dulu yang ditempah oleh beberapa pelanggan.

Seawal jam 8 pagi, saya keluar rumah dan hantar bahulu kepada beberapa orang sekitar kampung, kemudian kepada beberapa pelanggan sekitar Kangar.

Selesai buat penghantaran sekitar Kangar, saya terus ke PIDA 8 pula di Sanglang, Kedah untuk buat penghantaran bahulu. Seusai buat penghantaran di PIDA 8, terus saya ke Alor Setar. Cuma tinggal untuk penghantaran sekitar Jitra sahaja.

Telefon berdering....

"Hang kat mana dah? Kami nak balik dah ni...", suara kawan saya kedengaran corong telefon.

"Sat..sat..dekat dah..nak sampai dah...", balas saya.

"Ok..ok..", sambut kawan saya.

Alhamdulillah, akhirnya saya sampai ke destinasi. Ternampak Jalil, Mail, Fida, Cikgu Yan, Zarina dan Nurul di meja, di tepi Kedai Mee Sham.

Selepas parkir kereta, terus dapatkan mereka. Alhamdulillah sempat juga bertemu setelah sekian lama terpisah.

Alhamdulillah, semuanya sihat² belaka dan sudah berjaya dalam karier masing².

Setelah sekian lama bersembang, kami pun bersurai dan saya terus pula ke Jitra untuk buat penghantaran bahulu pula.

Alhamdulillah, semua penghantaran selesai ketika jam hampir 5 petang.

2 tugasan berjaya, selesai penghantaran bahulu dan kesempatan bertemu sahabat lama.

Alhamdulillah juga, bahulu jadi asbab musabab yang diizinkan Allah boleh berjumpa dengan kawan² lama. Insha Allah, ada rezeki, kita akan berjumpa lagi.

Selain tempahan bahulu secara terus dan khidmat tambahan penghantaran sekitar Perlis, Alor Setar, Jitra dan Changlun, Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di

Mama Nory Bakery PLT
No 11 Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

Rislah Bakery
No 3 Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis

Tempahan Hayyanarz Bahulu boleh dibuat melalui

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (sila LIKE page kami)

Semoga kita bersua kembali....

Thursday 24 September 2015

Akujanji ke Akurjanji?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allah akbar...Allah akbar...Allah akbar... Laailahaillallahu Allah akbar..Allah akbar..Walillahil hamd..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah, semua tempahan bahulu dah siap. Kini proses penghantaran pula perlu dilakukan. Banyak juga tempat yang perlu dituju. Takpa...take step by step..cakap omputih pulak.

Selepas beberapa tempat dilewati, sempat singgah di tapak pasar tani Taman Sena untuk melihat jualan Hayyanarz Bahulu yang diletakkan kat gerai Mama Nory Bakery.

Kedai Mama Nory Bakery letaknya di Pusat Perniagaan Sena, berhampiran Pasar Borong Kangar dan SK Sena. Banyak juadah dijual antaranya pelbagai kek, roti, biskut raya dan Hayyanarz Bahulu. Jemput ke sana untuk menikmati pelbagai juadah yang sedap terutamanya Hayyanarz Bakery.

Selesai jalan² sekitar tapak pasar tani, saya dan isteri terus balik ke rumah.

Sampai rumah, tengok anak² dok bergelak sesama sendiri. Saya tanya mereka, apasal yang mereka suka sesangat ni sampai tak henti² ketawa.

Nampak adik dok nyorok sesuatu. Kertas warna hijau kat belakang. Kakak dan bangcik masih dok ketawa.

Saya pinta kertas dari adik, nak juga tengok apa yang ditulis atau dilukis kat kertas tu. Adik memang suka lukis² dan tulis² ni. Sama juga dengan bangcik. Lagi satu, adik suka buat origami. Banyak yang dibuatnya hasil dari pembacaan cara buat origami dari majalah dan buku. Untung juga, tak perlu beli mainan, sebab diaorang buat sendiri.

Sebaik dapat kertas itu dari adik dan membacanya, Alhamdulillah. Mereka tulis sendiri satu akujanji.

Yang paling best, akujanji yang akhir, iaitu doakan supaya bahulu ibu laku. Terima kasih adik, bangcik dan kakak.

Bagi tuan² dan puan² yang ingin menempah Hayyanarz Bahulu yang sedap, gebu dan lembut, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775/019-2463100
Emel: hayyanarz.bakery@outlook.com
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery (pakat² sila LIKE page kami yer)

Hayyanarz Bahulu juga boleh didapati di

1. Mama Nory Bakery, No 11, Pusat Perniagaan Sena, 01000 Kangar, Perlis

2. Rislah Bakery, No 3, Taman Indra, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis

Jemput² merasai Hayyanarz Bahulu...

Tuesday 22 September 2015

Restoran Kak Jah



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah SWT dan sentiasa dimurahi rezeki yang melimpah-ruah.
Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah SWT yang terhingga selama ini.

Bila sebut bab makan, saya pasti ramai yang meminati masakan ala-thai. Di mana-mana sahaja pasti akan kedapatan kedai-kedai makanan mahupun gerai yang menyediakan masakan ala-thai. Bahkan banyak kedai yang menggunakan tukang masak warga Thai.

Kali ini, saya hendak bercerita sedikit salah sebuah masakan Thai yang sedap dan agak popular di utara ini.

Lokasi kedai makan ini pun letaknya di sempadan Malaysia-Thai iaitu di Dannok.

Kedai makan yang saya maksud itu adalah Restoran Mak Jah.

Letaknya tidak jauh dari Pos Kastam Thailand di Dannok.

Boleh dikatakan semua masakan yang disediakan sedap seperti tomyam, kengsom, bawal goreng, sayur petola goreng dan bermacam-macam lagi. Air pegaga juga ada.

Bagi yang berpeluang sampai utara, cubalah untuk merasai menu yang tersedia di situ. Tapi kenalah bawa passport sekali.

Sebagai mana sedapnya tomyam dan kengsom, begitu jugalah sedapnya Hayyanarz Bahulu keluaran dan edaran Hayyanarz Bakery.

Bahulu yang diadun dengan tepung gandum terpilih, telur ayam gred A yang dibasuh dan gula secukup rasa, dibakar dengan suhu yang tepat telah menghasilkan bahulu yang sedap, gebu dan lembut.

Untuk tempahan Hayyanarz Bahulu, sila:

Sms/whatsapp/call: 017-4620775 atau 019-2463100
Twitter: @hayyanarzbakery
Instagram: @hayyanarz
Facebook: Hayyanarz Bakery. (Sila lawat dan LIKE page Hayyanarz Bakery)

Selain itu, boleh juga dapatkan Hayyanarz Bahulu di:

1.  Mama Nory Bakery PLT
No 11, Pusat Perniagaan Sena
01000 Kangar, Perlis

2.       Rislah Bakery
No 3, Taman Indra
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis